Apa yang dapat dilihat daripada lawatan ke tapak projek beliau, sebuah rumah kayu yang masih kukuh yang hanya perlu pembaikan kecil yang boleh dijadikan tempat operasi, rumah pekerja dan ruang penyuntikan benih yang terletak dibahagian dapur rumah tersebut. Beberapa penambahan struktur pada rumah ini bagi tempat pembancuhan dan penyediaan beg media, tempat pengukusan, tempat habuk kayu dan rumah cendawan.
Menurut kata En. Nazri, projek ini bakal bermula pada bulan Januari 2009 pada peringkat awal. Kawasan sekeliling rumah tersebut hanya ditumbuhi rumput tebal dan semak sedikit, maklumlah, rumah tinggal... Taklah banyak kerja... Nak dibandingkan dengan PPC dulunya hutan. Pokok besar nak ditebang, lening, bakar dan ratakan tanah. Disitu sahaja kosnya dah tinggi. Tapi disebabkan semangat, yang dahulunya hutan kini Pusat Penghasilan Cendawan. Tahniah! En. Nazri, kerana anda tidak menunggu lama untuk bertindak selepas kursus lalu. Benda yang panas jangan dibiarkan sejuk. Saya doakan segala perancangan beliau akan berjalan lancar. Insya Allah selagi terdaya saya akan bantu.
Perunding,Pembekal, Khidmat Latihan Tanaman Cendawan Tiram Kelabu. Pembekal bahan mentah dan benih untuk tanaman cendawan tiram kelabu. Pembekal Beg Media Siap Benih. Pusat Penghasilan Cendawan (PPC) : LOT 793, KAMPUNG BARU HUMA LUAS, 28100 CHENOR, MARAN, PAHANG DARUL MAKMUR. Tel : 019-3218382
Selasa, 30 Disember 2008
LAWATAN KE TAPAK PROJEK LADANG CENDAWAN
Pada 25hb Disember lepas, saya telah menerima panggilan dari salah seorang peserta kursus lalu iaitu En. Nazri yang berkehendakan saya ke Kg. Sg. Rabit Temerloh untuk melihat tapak cadangan projek cendawan yang bakal beliau usahakan.
Kursus Asas Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Bulan Januari 2009

Berikut di senaraikan maklumat Kursus Sesi 01/2009 dan Sesi 02/2009
Tarikh : 17hb Januari 2009 (Sabtu) & 31hb Januari 2009 (Sabtu)
Tempat : Pusat Penghasilan Cendawan PPC, Lot. 793, Kampung Baru Huma Luas,
Chenor, 28100 Maran, Pahang Darul Makmur.
Masa : 8.30pg - 5.00ptg
Yuran : RM 200.00
Tarikh Tutup Pendaftaran : Sesi 01/2009 - 15 Januari 2009
Sesi 02/2008 - 29 Januari 2009
Untuk Maklumat Lanjut Sila hubungi : 019-321 8382 (Faidzal)
019-2525346 (Fadzli)
Penyertaan adalah terhad 10 - 15 peserta sahaja bagi setiap kursus
Kit Kursus, Sijil Penyertaan dan cenderahati akan diberikan kepada setiap peserta.
Minum Pagi, Makan Tengahari, Minum petang akan disediakan.
Untuk pendaftaran, bayaran penuh atau deposit sebanyak RM100 didepositkan ke Akaun Maybank bernombor 114020718453 atas nama Pn. JAIMAH BINTI ZAKARIA.
SIMPAN SLIP SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN SEMASA PENDAFTARAN KURSUS
Isnin, 22 Disember 2008
LAPORAN KURSUS ASAS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU SESI 01/2008

Teori dan praktikal melengkapkan ilmu berkaitan tanaman cendawan tiram kelabu.
En. Mohd. Faidzal, tenaga pengajar banyak menyumbangkan ilmu, tips, rahsia dan nasihat kepada peserta.




Apa yang dapat dinilai daripada peserta yang hadir, mereka menunjukkan minat yang tinggi dan memberikan tumpuan 100% terhadap setiap perkara yang diajar. Dengan komitmen yang ditunjukkan, mereka inilah bakal pengusaha cendawan yang berjaya di masa akan datang Insya Allah...
Makan tengah hari berjemaah. Alhamdulillah... sedap.
Masa yang dinanti-nantikan oleh peserta. Memetik hasil cendawan. Seronoknya.... penuh rak ni dengan cendawan. Makcik Salmah Mohd Taib (Berbaju bunga), peserta kursus yang paling veteran. Walaupun usianya hampir mencecah 60 tahun, namun semangatnya cukup berkobar-kobar dan usia bukanlah penghalang cita-cita. Insya Allah anak dan menantunya pula akan menghadiri kursus ini bulan hadapan. Katanya mereka akan mengusahakan tanaman cendawan ini sekeluarga. Bangganya...




Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan kepada para peserta di sempurnakan oleh Pn. Hjh. Jaimah Hj. Zakaria selaku orang No. 1 MFA Agro Enterprise. TAHNIAH! diucapkan kepada para peserta kursus sesi 01/2008. Kami di MFA Agro Training & Consultancy berharap agar ilmu yang diperoleh dapat dimanfaat oleh peserta satu hari nanti sebagai pengusaha cendawan yang berjaya satu hari nanti. Sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan sepanjang kursus ini adalah dari kelemahan kami dan segala yang elok dan baik datang dari ALLAH S.W.T. Selamat berjaya.
LAPORAN KURSUS ASAS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU
Alhamdulillah... kursus asas yang kami anjurkan pada hari sabtu lalu mendapat sambutan dan berjalan lancar. Seramai 7 orang peserta hadir untuk menimba ilmu asas dalam penghasilan cendawan tiram kelabu. Berikut adalah senarai nama peserta yang hadir dan telah berjaya menamatkan kursus sesi 01/2008.
- En. Borhan B. Abd Hashim
- En. Mohd. Nazri Bin Husin
- En. Mohd. Yusof Bin Muhammad
- En. Nik Adnan Bin Nik Hussin
- Pn. Nor Edah Binti Othman
- En. Roslan bin Zenal
- Salmah Bte Mohd Taib
Selasa, 16 Disember 2008
Pembakar Semangat, Motivasi & Penyokong Kuat dan Setia


Isteri dan anak-anak adalah penggerak kepada arah tuju saya sekarang. Tak lupa bapa mertua saya En. Mat Kasim yang memberi kepercayaan selama ini. Tanah seluas 1 ekar ni milik dia. Dialah yang memberi laluan kepada cita-cita saya. Insya Allah, dia pun bakal rasa hasilnya kelak. Individu yang paling penting, Ibu saya Puan Hajjah Jaimah Haji Zakaria yang tak pernah jemu dengan nasihat dan bantuannya selama ini. Inilah bukti kepercayaan anda. SYUKUR ALHAMDULILLAH.




Kami mempunyai sebuah tempat memproses substrat (bongkah), ruang pengukusan, tempat habuk kayu (berasingan). bilik suntikan benih dan 2 buahb rumah cendawan berukuran 20' x 60' yang mana setiap satu mampu menampung 30,000 - 35,000 bongkah cendawan. Sasaran kami pada suku pertama tahun depan, kami merancang utuk menjadikannya 100,000 bongkah dengan menambah satu unit rumah cendawan ukuran yang sama bagi menampung permintaan bongkah cendawan dan cendawan segar yang senantiasa meningkat setiap minggu.

Kami telah beroperasi sejak tahuun lalu (2007). Bermula dari bancuhan secara manual tapi sejak permintaan bongkah dan cendawan segar meningkat, mesin digunakan bagi mempermudahkan kerja-kerja di peringkat pemprosesan. Proses pembungkusan kami masih lagi secara manual. Insya Allah... tahun baru 2009 mesin pembungkus sabstrat akan tiba Januari ini.
Assalamualaikum

Saya agak sibuk minggu lepas dan minggu ni lalu sebab nak uruskan persiapan kursus asas buat julung-julung kalinya. Alhamdulillah... segala proses berjalan dengan lancar dan kami masih lagi membuka peluang bagi mana-mana individu yang ingin mendaftarkan diri menyertai kursus yang bakal diadakan sabtu ini. Penyertaan kami hanya terhad kepada 10 orang perserta setiap kali kursus diadakan kerana kami mahu memberikan tumpuan penuh dalam menyampaikan ilmu dan bukan mengejar wang semata-mata. Sekiranya permintaan menggalakkan kami akan menganjurkan kursus dengan lebih kerap masih mengekalkan 10-15 orang peserta sahaja. Inilah pandangan hadapan Pusat Penghasilan Cendawan (PPC), di Chenor, Maran, Pahang Darul Makmur.
Selasa, 2 Disember 2008
Kursus Asas Penanaman Cendawan Tiram Kelabu
Assalamualaikum WBT.
Tarikh : 20hb Disember 2008
Tempat : Pusat Penghasilan Cendawan PPC
Lot 793, Kampung Baru Huma Luas
28100 Chenor, Maran,
Pahang Darul Makmur
Masa : 8.30pg - 5.00ptg
Yuran : RM 200.00
Tarikh Tutup Pendaftaran : 18hb Disember 2008
Untuk Maklumat Lanjut Sila hubungi: 019-321 8382 (Faidzal) sms 012-6333349 / 012-9006024 Anuar
Penyertaan adalah terhad.
Kit Kursus, Sijil Penyertaan dan cenderahati akan diberikan kepada setiap peserta.
Minum Pagi, Makan Tengahari, Minum petang akan disediakan
Tarikh : 20hb Disember 2008
Tempat : Pusat Penghasilan Cendawan PPC
Lot 793, Kampung Baru Huma Luas
28100 Chenor, Maran,
Pahang Darul Makmur
Masa : 8.30pg - 5.00ptg
Yuran : RM 200.00
Tarikh Tutup Pendaftaran : 18hb Disember 2008
Untuk Maklumat Lanjut Sila hubungi: 019-321 8382 (Faidzal) sms 012-6333349 / 012-9006024 Anuar
Penyertaan adalah terhad.
Kit Kursus, Sijil Penyertaan dan cenderahati akan diberikan kepada setiap peserta.
Minum Pagi, Makan Tengahari, Minum petang akan disediakan
Langgan:
Catatan (Atom)