Selasa, 30 Disember 2008

LAWATAN KE TAPAK PROJEK LADANG CENDAWAN

Pada 25hb Disember lepas, saya telah menerima panggilan dari salah seorang peserta kursus lalu iaitu En. Nazri yang berkehendakan saya ke Kg. Sg. Rabit Temerloh untuk melihat tapak cadangan projek cendawan yang bakal beliau usahakan.


Apa yang dapat dilihat daripada lawatan ke tapak projek beliau, sebuah rumah kayu yang masih kukuh yang hanya perlu pembaikan kecil yang boleh dijadikan tempat operasi, rumah pekerja dan ruang penyuntikan benih yang terletak dibahagian dapur rumah tersebut. Beberapa penambahan struktur pada rumah ini bagi tempat pembancuhan dan penyediaan beg media, tempat pengukusan, tempat habuk kayu dan rumah cendawan.
Menurut kata En. Nazri, projek ini bakal bermula pada bulan Januari 2009 pada peringkat awal. Kawasan sekeliling rumah tersebut hanya ditumbuhi rumput tebal dan semak sedikit, maklumlah, rumah tinggal... Taklah banyak kerja... Nak dibandingkan dengan PPC dulunya hutan. Pokok besar nak ditebang, lening, bakar dan ratakan tanah. Disitu sahaja kosnya dah tinggi. Tapi disebabkan semangat, yang dahulunya hutan kini Pusat Penghasilan Cendawan. Tahniah! En. Nazri, kerana anda tidak menunggu lama untuk bertindak selepas kursus lalu. Benda yang panas jangan dibiarkan sejuk. Saya doakan segala perancangan beliau akan berjalan lancar. Insya Allah selagi terdaya saya akan bantu.

Tiada ulasan: