Isnin, 22 Disember 2008

LAPORAN KURSUS ASAS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU SESI 01/2008


Teori dan praktikal melengkapkan ilmu berkaitan tanaman cendawan tiram kelabu.

En. Mohd. Faidzal, tenaga pengajar banyak menyumbangkan ilmu, tips, rahsia dan nasihat kepada peserta.

Apa yang dapat dinilai daripada peserta yang hadir, mereka menunjukkan minat yang tinggi dan memberikan tumpuan 100% terhadap setiap perkara yang diajar. Dengan komitmen yang ditunjukkan, mereka inilah bakal pengusaha cendawan yang berjaya di masa akan datang Insya Allah...
Makan tengah hari berjemaah. Alhamdulillah... sedap.


Proses penyuntikan benih yang dilakukan oleh para peserta.
Masa yang dinanti-nantikan oleh peserta. Memetik hasil cendawan. Seronoknya.... penuh rak ni dengan cendawan. Makcik Salmah Mohd Taib (Berbaju bunga), peserta kursus yang paling veteran. Walaupun usianya hampir mencecah 60 tahun, namun semangatnya cukup berkobar-kobar dan usia bukanlah penghalang cita-cita. Insya Allah anak dan menantunya pula akan menghadiri kursus ini bulan hadapan. Katanya mereka akan mengusahakan tanaman cendawan ini sekeluarga. Bangganya...

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan kepada para peserta di sempurnakan oleh Pn. Hjh. Jaimah Hj. Zakaria selaku orang No. 1 MFA Agro Enterprise. TAHNIAH! diucapkan kepada para peserta kursus sesi 01/2008. Kami di MFA Agro Training & Consultancy berharap agar ilmu yang diperoleh dapat dimanfaat oleh peserta satu hari nanti sebagai pengusaha cendawan yang berjaya satu hari nanti. Sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan sepanjang kursus ini adalah dari kelemahan kami dan segala yang elok dan baik datang dari ALLAH S.W.T. Selamat berjaya.

Tiada ulasan: