Isnin, 1 Februari 2010

Dulu...Kini...dan Selamanya

Sedar tak sedar, pejam celik dah 4 tahun saya buat keputusan muktamad untuk tukar kerjaya dari seorang kontraktor ke bidang tanaman cendawan ini. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda apa yang telah saya lalui selama ini. Yang baik kita jadikan pedoman, yang buruk kita jadikan pengajaran yang mendewasakan kita dalam industri ini.

Bermula dari tanah hutan seluas 1 ekar milik bapa mertua. Dengan bermodalkan sedikit wang, semangat dan keringat, terbinalah sebuah tempat yang diimpikan selama ini. Sedikit demi sedikit hutan ditarah, semak dan samun ditebas. Kami dirikan 2 buah bangsal cendawan, ruang pemprosesan substrat dan bilik untuk melepaskan lelah.

Kini lahirlah PUSAT PENGHASILAN CENDAWAN.


Masa tu, kami buat in house production yang mana kami hanya proses bongkah untuk menghasilkan cendawan. Mana ada hasil lagi. Nak bancuh pun kami guna kaedah lama (secara manual). Sekali bancuh 100kg, dalam sehari kami dapat 300 bongkah sahaja. Lepas 2 hari baru dapat sekali kukus. Pekerja yang ada pun tak mahir lagi. Bertimbang sukat macam nak buat kek je...



Bila permintaan cendawan segar meningkat, kami beralih kepada penggunaan mesin. Alhamdulillah semua proses berjalan lancar dalam masa yang singkat

Selari dengan situasi semasa, permintaan untuk bongkah dah ada. Itupun kami menolak pada mulanya atas sebab tak cukup kakitangan nak buat bagging process. Bila dah beli bagging machine, customer hubungi kami semula untuk mula buat tempahannya. Banyak betul kos yang dah kami jimat.





Apa pun tumpuan utama kami adalah dalam menghasilkan seberapa banyak cendawan mentah yang tidak pernah cukup di pasaran. Kalau ada tempahan substrat, itu dah kira bonus.