Selasa, 16 Disember 2008

Dulu, semasa hasil pertama kami bercambah, ibu saya pesan hasil tu bukan kita punya, kita kena kongsi dengan orang lain dulu sebagai tanda syukur kita pada ALLAH. Saya pun sedekah dan edarkan ke seluruh Kg, Huma Luas, Felda KG. Awah malah Sampai ke Kuala Lumpur. Berkat Dari Allah dan pesan ibu tu, tak sangka Sekarang ni ada 20kg, 40kg, 50kg, sehari tak cukup dek permintaan sekarang ni hampir 250 seminggu untuk kawasan Maran sahaja. Kuantan dan Temerloh pun dah ada permintaan tapi tak cukup. Insya Allah, kami akan cuba mempertingkatkan pengeluaran bongkah dan cendawan segar pada masa hadapan. Terima kasih pada mereka yang terus menyokong dan mempercayai kami selama ini.


Tiada ulasan: