Selasa, 16 Disember 2008

Assalamualaikum



Saya agak sibuk minggu lepas dan minggu ni lalu sebab nak uruskan persiapan kursus asas buat julung-julung kalinya. Alhamdulillah... segala proses berjalan dengan lancar dan kami masih lagi membuka peluang bagi mana-mana individu yang ingin mendaftarkan diri menyertai kursus yang bakal diadakan sabtu ini. Penyertaan kami hanya terhad kepada 10 orang perserta setiap kali kursus diadakan kerana kami mahu memberikan tumpuan penuh dalam menyampaikan ilmu dan bukan mengejar wang semata-mata. Sekiranya permintaan menggalakkan kami akan menganjurkan kursus dengan lebih kerap masih mengekalkan 10-15 orang peserta sahaja. Inilah pandangan hadapan Pusat Penghasilan Cendawan (PPC), di Chenor, Maran, Pahang Darul Makmur.


Tiada ulasan: