Bermula dari tanah hutan seluas 1 ekar milik bapa mertua. Dengan bermodalkan sedikit wang, semangat dan keringat, terbinalah sebuah tempat yang diimpikan selama ini. Sedikit demi sedikit hutan ditarah, semak dan samun ditebas. Kami dirikan 2 buah bangsal cendawan, ruang pemprosesan substrat dan bilik untuk melepaskan lelah.
Kini lahirlah PUSAT PENGHASILAN CENDAWAN.

Masa tu, kami buat in house production yang mana kami hanya proses bongkah untuk menghasilkan cendawan. Mana ada hasil lagi. Nak bancuh pun kami guna kaedah lama (secara manual). Sekali bancuh 100kg, dalam sehari kami dapat 300 bongkah sahaja. Lepas 2 hari baru dapat sekali kukus. Pekerja yang ada pun tak mahir lagi. Bertimbang sukat macam nak buat kek je...



Apa pun tumpuan utama kami adalah dalam menghasilkan seberapa banyak cendawan mentah yang tidak pernah cukup di pasaran. Kalau ada tempahan substrat, itu dah kira bonus.
