Ahad, 3 Januari 2010

MASALAH...MASALAH...MASALAH : siri 1

Kita sering mendengar banyak keluhan dan rungutan dari pengusaha cendawan yang membeli bongkah dari pengusaha lain. Antaranya bongkah yang dibekalkan rosak selepas beberapa hari/minggu membeli bongkah. Tujuan saya membangkitkan isu ini adalah kerana bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak tetapi sekadar pengetahuan dan informasi buat pengusaha lain sama ada anda adalah penjual atau pembeli bongkah.

Dalam penulisan saya saya kali ini biarlah tujukan buat pengusaha cendawan yang membeli bongkah terlebih dahulu. Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh bakal pengusaha, pengusaha baru dan pengusaha sedia ada yang membeli bongkah cendawan ini.

Pertama pengisian ilmu yang mencukupi perlu ada bagi setiap pengusaha cendawan. Walaupun saya telah mengusahakan tanaman cendawan ini selama tiga tahun, saya masih lagi mempelajari sedalam-dalam ilmu tentang tanaman cendawan ini.

Banyak institusi, syarikat dan orang perseorangan yang menganjurkan kursus asas tanaman cendawan dan ini merupakan kursus WAJIB dihadiri oleh semua bakal pengusaha cendawan. Adakah ini mencukupi? Kalau ditanya, bukan setakat saya malah mana-mana pengusaha cendawan yang berpengalaman akan kata TIDAK cukup. Bila diingatkan kembali saya menghadiri 4 kursus asas, 3 kursus intensif dan 1 kursus lanjutan sebelum memulakan tanaman cendawan. Dan sehingga ke hari ini saya masih lagi mempelajarinya dimerata-rata tempat di semenanjung Malaysia. Oleh kerana terlalu sibuk sejak akhir-akhir ini saya tetap belajar tetapi dengan melayari laman web. blog dan mengadakan kunjungan ke ladang cendawan teman-teman seperjuangan untuk berkongsi pengalaman, bertukar-tukar pendapat dan memperolehi idea dan kaedah terbaru dan terkini dalam industri tanaman cendawan.

Kedua, tanaman ini hendaklah diceburi secara langsung oleh pengusaha sendiri bukannya dengan sekadar mengupah individu lain. berdasarkan pada pengalaman saya dengan beberapa pengusaha yang bermasalah ada diantara mereka yang menjadikan tanaman cendawan ini sekadar untuk mendapatkan pendapatan sampingan dan mempunyai kerja tetap (makan gaji bulan). Nasihat saya, bukan tak boleh nak jadikan ia pendapatan sampingan tapi mereka perlu memberikan fokus 100% pada tanaman ini dan mengambil berat tentangnya.

Faktor ketiga ini merupakan faktor terpenting dalam penghasilan cendawan. Penjagaan dan pengurusan rumah cendawan dan penjagaan substrat atau bongkah TIDAK BOLEH dipandang ringan langsung oleh semua pengusaha. Ini kerana sekiranya bongkah yang dibeli dihasilkan dalam keadaan yang terbaik (bebas kuman) tatapi apabila ia dipindahkan ke rumah cendawan yang tidak mempunyai pengurusan dan penjagaan yang baik saya jamin, SUDAH PASTI jangkitan akan berlaku. Saya pernah menerima rungutan beberapa pihak yang membeli substrat dimana bongkah mereka rosak dan tidak produktif langsung kerana jangkitan penyakit yang menyerang bongkah mereka. Apabila saya membuat lawatan ke tempat mereka, amat menyedihkan kerana mereka tidak menitikberatkan soal kebersihan rumah cendawan mereka... itulah yang saya katakan di awal penulisan ini... ILMU PERLU CUKUP TUAN-TUAN!... bukan setakat ada, tapi CUKUP. Bila saya siasat perkara ini sehingga ke peringkat pembekal, apa yang saya dapati, pembekal ini merupakan pembekal yang saya dan rakan-rakan pengusaha lain kenal. Dia menghasilkan bukan setakat bongkah yang baik tetapi cendawannya itu adalah antara yang berkualiti. Apatah lagi beliau sering menitikberatkan soal kebersihan dalam penghasilan cendawan ini. Apa lagi busuk nama syarikatnya... kesian dia...

Faktor SUHU dan KELEMBAPAN tidak kurang pentingnya kerana kedua-dua faktor ini perlu ada. Jika suhu ada, tapi kelembapan tidak ada maka pertumbuhan akan terbantut. Begitu juga berlaku sebaliknya.

TIPS:-

  1. Pastikan yang pembekal itu bukan hanya membekalkan substrat cendawan tetapi mengeluarkan hasil untuk dijual.
  2. Jika hasil mereka baik dan berkualiti maka bongkah mereka juga dalam keadaan baik dan berkualiti
  3. Dapatkan informasi tanaman cendawan di tempat dan kawasan anda kerana hasil dan pertumbuhan cendawan juga bergantung pada keadaan/situasi/suhu/kelembapan kawasan setempat. (Dapatkan informasi dari pengusaha sedia ada di tempat anda).
  4. Perlu disiplin dalam menghasilkan cendawan.
  5. INGAT! Tanaman ini cukup sensitif. TAPI jangan kita cerewet. TAKE IT EASY.

Ini hanyalah penerangan awal, banyak lagi kita akan berkongsi. Segala yang saya kongsikan hari ini dengan tuan-tuan adalah ikhlas kerana ALLAH TA'ALA. Sila e-mailkan kepada saya sekiranya terdapat sebarang masalah atau pandangan.

Yang baik itu datang dari ALLAH dan segala kesilapan dan kekurangan datang dari saya sendiri. Insya Allah kita akan bertemu di hari yang lain pula.

Assalamualaikum. Salam Sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2010.

Setelah hampir setahun menyepi, saya akan muncul kembali dengan kisah dan perjalanan perniagaan cendawan pada pembaca semua.

Apa yang dapat saya utarakan kelak bakal memberi inspirasi dan idea baru kepada teman seperjuangan, bakal pengusaha cendawan dan peminat blog cendawan kami.

NANTIKAN DARI KAMI DI MFA AGRO.